Nama Uqasha Senrose memang di kenali ramai orang apatah lagi melalui 
lakonannya di kaca TV. Seorang yang comel dan di minati ramai, pendek 
kata apa yang di lakukan Uqasha pasti akan menarik perhatian ramai 
orang.
Baru-baru ini Uqasha ada memuat naik sebuah rakaman video di mana 
kelihatan dia sedang bersama dengan ramai sepupu lelakinya yang 
lain.Kesemua sepupu lelakinya itu di lihat sudah besar panjang. Dalam 
video itu, Uqasha di katakan di buli oleh kesemua sepupu lelakinya di 
mana dia di angkat secara beramai-ramai untuk di masukkan ke dalam 
sungai.
Kata Uqasha dalam satu postingnya di Instagram : “Omg kena buli dengan 
cousin2 . Nasib dieorg laki I perempuan . Mmg tk blh lawan laaa jawab 
dia . Redhaaa sajaaa”.
 Namun begitu, rakaman video mengundang
 banyak respond apatah lagi ada ramai netizen memberi tazkirah percuma 
dan menegur perbuatan itu. Menurut mereka, sepupu lelaki yang sudah 
besar dan dewasa sewajarnya tidak melakukan hal seperti memegang atau 
memeluk dirinya sebegitu memandangkan mereka halal untuk berkahwin.
 
 
 
 
 



Ada juga yang menyindir dan menyatakan sepupu mereka sangat untung dan 
menang besar pada hari itu. Tidak lupa juga ramai netizen lelaki 
berminat untuk mahu jadi sepupu Uqasha.


“syoklah sepupu lelaki ko..boleh pegang2 mcm tu….nak jadi sepupu boleh?”
“kalu aku dengan sepupu lelaki aku main lebih2 cm gitu jwabnya kena pang dah dengan mak pak aku”
“aku takle cakap ape..aku kesian plak tgk….sampai terselak2 habis baju 
nampak perut…ko bukan budak kecik lagi..dah jadi anak dara dan boleh 
jadi bini org..kot ye pun rapat dgn sepupu..ko dgn sepupu lelaki tetap 
ada batasnya….”
Sumber : kisahdunia
