Jika sebelum ini seorang lelaki kantoi curang selepas terlibat dalam 
kemalangan jalan raya, kali ini ada pula kisah yang hampir sama berlaku.
 Terbaru, seorang lelaki curang telah terlibat dalam kemalangan jalan 
raya yang dikatakan berlaku di negara seberang.
Menurut Coconuts,
 seorang wanita telah menyaksikan dengan mata sendiri lelaki yang 
merupakan suaminya bersama dengan wanita lain di dalam kereta. Berang 
dengan kecurangan suaminya, wanita itu dikatakan telah cuba melanggar 
kereta yang dipandu lelaki berkenaan menggunakan Toyota Fortuner 
miliknya.

Kejadian yang berlaku di Kalimantan Tengah ini melibatkan Abdi Sunaryati
 dan suaminya, Muhammad Naim yang memandu Mitsubishi L300. Pada waktu 
itu, Abdi sedang memandu kereta bersama anaknya. Ketika di persimpangan 
jalan, dia ternampak kereta suaminya lalu bertindak untuk mengintip 
lelaki itu.
Mengejutkan, Abdi terlihat seorang wanita tidak dikenali duduk 
bersebelahan suaminya ketika di dalam kereta. Abdi kemudian mengekori 
kereta Muhammad sehingga sampai ke sebuah kawasan perumahan di Kota 
Sampit dan melihat suaminya menghantar wanita tersebut pulang.

Menyedari si isteri sedang mengekorinya, Muhammad memecut dengan laju 
ketika mendekati satu persimpangan. Namun kelajuan kereta milik Muhammad
 tidak dapat menandingi kepantasan kereta milik isterinya. Abdi 
bertindak melulu melanggar kereta Muhamamd dengan kuat sehingga 
kenderaan suaminya itu merempuh sebatang pokok di tepi jalan.
Kemalangan tersebut menyebabkan kereta Muhammad rosak dengan teruk 
sekali, manakala mangsa pula mengalami kecederaan di muka, dagu dan kaki
 kiri.
Pegawai polis bertugas, Yudha Setiawan memberitahu bahawa Muhammad 
terpaksa dimasukkan ke hospital berdekatan kerana mengalami kecederaan 
selepas dilanggar. Pun begitu, Abdi dan anaknya yang berada di dalam 
kereta tidak mengalami sebarang kecederaan selain bahagian depan 
keretanya rosak teruk.
Fuh dahsyat akak ni, dia langgar terus suami dia yang curang tu! Jangan main-main!
Sumber: http://lobakmerah.com/

