Kejadian itu berlaku di Jawa Timur, Indonesia. Guru terbabit, Ahmad Budi
Cahyono mengajar di Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri 1 Torjun,
Kabuputen Sampang di daerah tersebut. Mangsa telah menghembuskan nafas
terakhirnya semasa dirawat di Hospital Dr Soetomo.
Gambar kenangan Ahmad Budi bersama isterinya
Mangsa juga berulang kali menegur suspek supaya berhenti bermain namun
tidak diendahkan, malah sikap nakal HI semakin menjadi-jadi. Disebabkan
itu, mangsa mengambil berus cat dan menconteng pipi pelajar terbabit.
Kerana tidak berpuas hati, HI bangun dan membelasah mangsa tanpa belas kasihan. Pelajar dan guru-guru lain terpaksa masuk campur bagi menghentikan perbuatan HI itu, kata Pesuruhjaya Polis Jawa Timur.
Kerana tidak berpuas hati, HI bangun dan membelasah mangsa tanpa belas kasihan. Pelajar dan guru-guru lain terpaksa masuk campur bagi menghentikan perbuatan HI itu, kata Pesuruhjaya Polis Jawa Timur.
Suspek yang hanya dinamakan sebagai HI
Selang beberapa jam, mangsa mengadu sakit sebelum tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Dr Soetomo di Surabaya. Menurut sumber, daripada keterangan guru-guru yang berada di hospital, mangsa mengalami mati otak dan semua organ juga sudah tidak berfungsi.
Menurut polis, mangsa disahkan meninggal dunia pada Khamis kira-kira pukul 9.40 pagi (waktu tempatan). Katanya, kes masih disiasat dan tindakan dan hukuman sewajarnya akan dikenakan kepada pelajar terbabit.