“Dulu kami terkenal, sekarang kami dilupakan”… Fimie Don luah rasa kecewa kerana tiada tawaran berlakon

Pelakon remaja, Shafimie Saedon atau lebih dikenali sebagai Fimie Don pernah menghiasi kaca televisyen satu ketika dulu dalam sebuah drama kanak-kanak Hikayat Putera Shazlan yang ditayangkan pada sembilan tahun lepas.


Baru-baru ini, pelakon berusia 20 tahun itu telah meluahkan rasa kekecewaan menerusi gambar yang telah dimuat naik dalam Instagram kerana sudah ‘tidak laku’ dalam bidang lakonan pada masa kini.
Kami ‘disingkirkan’ kerana tiada tawaran berlakon.
 



Kami telah mewarnai industri hiburan satu ketika dulu.
 

Tolong hargai bakat kami.


Menerusi kasyennya itu, beliau meluahkan rasa sedih dan hampa kepada segelintir penerbit lakonan kerana tidak ‘nampak’ kehadiran mereka yang semakin meningkat dewasa.
Bakat dan seni lakonan mereka hanya dilihat beberapa tahun yang lalu (ketika masih kecil) kerana peluang lakonan yang tidak putus-putus.

Namun, apabila mereka meningkat dewasa, mereka seperti telah ‘dilupakan’ oleh pihak penerbitan tanpa sebarang tawaran berlakon kerana persaingan yang sengit dengan artis-artis baru yang muncul ibarat cendawan selepas hujan.


Walau bagaimanapun, netizen tidak putus-putus memberikan semangat dan dorongan kepada pelakon tersebut.
Netizen beri sokongan dan dorongan.

Menurut Fimie, beliau mengakui cabaran dan persaingan yang sengit dalam bidang lakonan masa kini amat tipis apabila meningkat dewasa.
Apa-apa pun mereka ini pernah mewarnai industri lakonan yang meletop satu ketika dulu.
Syabas dan tahniah.

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.